
61
Anda boleh menggunakan prosedur dalam seksyen ini untuk mengurangkan saiz imej tayangan
sambil mengekalkan nisbah bidangnya dan menganjakkan imej tayangan secara menegak atau
melintang, tanpa mengalihkan projektor secara fizikal.
Untuk melaraskan saiz dan kedudukan imej tayangan
menggunakan Anjakan Skrin Digital
1.
Tekan kekunci [MENU] untuk memaparkan menu persediaan.
2.
Gunakan kekunci [T] untuk memilih “Seting Skrin”, dan kemudian tekan kekunci
[ENTER].
3.
Gunakan kekunci [T] untuk memilih “Anjakan Skrin Digital”, dan kemudian
tekan kekunci [ENTER].
4.
Selepas mengesahkan yang “Posisi Semula Anjakan Skrin Digital” dipilih, tekan
kekunci [ENTER].
z Ini memaparkan kotak dialog “Anjakan Skrin Digital”.
5.
Gunakan kekunci [D-ZOOM –] dan [D-ZOOM +] untuk melaraskan saiz imej
tayangan.
z Anda boleh menukar faktor zum dalam lingkungan 84% hingga 100%.
z Jika faktor zum yang kurang daripada 100% dinyatakan, anda juga boleh melakukan langkah
6 dan 7 di bawah untuk menentukan semula kedudukan imej tayangan. Jika 100%
dinyatakan, langkau ke langkah 8 bagi prosedur ini.
6.
Gunakan kekunci [T] dan [S] untuk menganjakkan imej tayangan secara
menegak.
7.
Gunakan kekunci [W] dan [X] untuk menganjakkan imej tayangan secara
melintang.
8.
Selepas imej adalah seperti yang anda mahukan, tekan kekunci [ESC] untuk
menutup kotak dialog “Anjakan Skrin Digital”.
9.
Tekan kekunci [MENU] untuk keluar dari menu persediaan.
Untuk mengembalikan saiz dan kedudukan imej tayangan
kepada lalai asalnya
1.
Lakukan langkah 1 hingga 3 di bawah “Untuk melaraskan saiz dan kedudukan
imej tayangan menggunakan Anjakan Skrin Digital”.
2.
Gunakan kekunci [T] untuk memilih “Pulihkan Anjakan Skrin Digital Lalai”, dan
kemudian tekan kekunci [ENTER].
3.
Tekan kekunci [S] untuk memilih “Ya”, dan kemudian tekan kekunci [ENTER].
Anjakan Skrin Digital
Commenti su questo manuale